Tuesday, 22 December 2015
Wednesday, 9 December 2015
Monday, 30 November 2015
Friday, 27 November 2015
Wednesday, 25 November 2015
Lori pagar merah pergi drift.
Saya pernah tengok,lori pagar,pagarnya di cat warna merah,sungguh cantik dia 'make up' lori itu seperti sebuah kereta antik untuk 'display'.
Soalannya pertama, perlukah lori pagar di 'make up' sebegitu?
Ada yang berkata,pernah lihat lori pagar itu dibawa 'drift',macam kereta 'rally' berpusing dibuatnya sehingga terkeluar api dan bernyala-nyala pagar itu.
Nasib baik berlaku kebakaran kecil sahaja dan tidak sampai menghanguskan.
Ada orang yang tidak diketahui namanya berkata,lori itu dikhianati,ada unsur-unsur khianat terhadap lori itu menyebabkan lori itu berpusing macam 'drift' dan terkeluar api pada pagar cantik yang berwarna merah itu.
Apa kata pomen tentang lori pagar merah itu?
1. Lori pagar merah itu berpusing macam drift,punca pertamanya adalah tayar sudah botak.
2. Berlaku kebakaran kecil pada lori pagar itu mungkin berpunca daripada tangki, sama ada bocor atau masalah-masalah lain,
Allahualam bissawat.
Buat pengetahuan anda, saya lah yang memadam kebakaran kecil pada lori itu.
maka,sudikah saya untuk.......
Wednesday, 18 November 2015
Monday, 9 November 2015
Friday, 6 November 2015
Sunday, 1 November 2015
Kelebihan Rosulullah Di Dalam Al-Quran.

76. Sesungguhnya hampir mereka mengganggu engkau dalam negeri,supaya mereka mengusir engkau dari padanya,ketika itu mereka tiada tinggal sepeninggalmu, kecuali sebentar saja.
77. Sunnah yang telah kami utus sebelum engkau diantara rasul-rasul Kami dan engkau tidak dapat mengubah sunnah Kami itu.
Surah Al-Israk.
Friday, 2 October 2015
Aku ke Sekolah Cina

Aku ke sekolah cina untuk "jumpa orang melayu" atau "cikgu melayu" untuk minta pertolongan nak bertanya jalan pulang,sekolah itu terletak di "sebelah kiri" jalan, cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar berada di tingkat atas, sekolah itu "berkembar" dengan rumah peribadi.
Aku naik ke tingkat atas, rupa-rupanya tiada cikgu melayu disitu, dengan kata lain,tiada cikgu muslim di sekolah itu,aku keluar dari situ dan tersalah memasuki ke bahagian dalam rumah peribadi....
Di depan pintu masuk rumah itu terdapat seorang penjaga yang duduk di atas kerusi,kakinya di atas lututnya,kawasan tempat duduknya nampak "gelap".
Aku ke bahagian belakang untuk mencari jalan keluar, datang seorang "wanita cina" membawa kunci dan membuka pintu itu, setelah pintu itu dibuka oleh nya, aku melalui pagar-pagar berwarna coklat, rupa-rupanya di situ tiada jalan keluar, "wanita cina" yang membuka pintu tadi tiba-tiba terjatuh di depan pintu itu dari tempat tinggi dan terhempas diatas batu dan terpelanting ke dalam longkang.
Dari tuhan kita datang,kepada tuhan kita pergi.
Saturday, 26 September 2015
Ketika Allah memberi pertolongan kepada ana. Allah maha berkuasa.
Thursday, 17 September 2015
Friday, 11 September 2015
Aku cuma mencuri. Salah kah aku mencuri ?
Aku hadir pada majlis makan malam,makanan sedap-sedap belaka tapi semua orang tidak pedulikan aku seolah-olah tidak pernah kenal aku,kalau mereka tidak pernah kenal aku kenapa mereka menghalang aku daripada mendapatkan hidangan itu,biasanya orang akan menghormati tetamu termasuk tetamu yang tidak dikenali dan menjemputnya makan sekali.
Ya, mereka kenal aku tetapi sengaja nak memalukan aku atau menyakitkan hati aku. Adakah jamuan itu hak mereka? aku fikir tidak! mereka cuma diberi tugas untuk mengendalikan jamuan makan itu, siapa yang hadir berhak untuk mendapat makanan itu,siapa dia untuk mengahalang orang lain daripada mendapatkan makanan itu?
Bukan aku lapar sangat tetapi semua itu tidak adil, maka aku membuat satu tindakan semata-mata untuk menbalas sekatan ekonomi mereka terhadap aku, maka,aku mencuri 3 cucuk sate!
Ya,aku berjaya membuat mereka 'tidak puas hati' walaupun dalam di sudut hati aku ada perasaan malu dengan tindakan atau perbuatan kebudak-budakan itu. Mereka terus menerus menuduh aku sebagai pencuri, sedangkan apa yang aku curi cuma 3 cucuk sate, ia masih sedikit berbanding dengan apa yang sepatut aku dapat jika mereka tidak mengenakan sekatan terhadap aku. Salahkan aku mencuri?
Tuesday, 8 September 2015
Aku Dan Lipas
Kita sebagai manusia atau makhluk Allah tidak terlepas daripada sifat lupa.
Kadangkala kita makan dalam bilik dan terlupa untuk membersihkan sisa-sisa makanan,
Tidur malam macam biasa dan bangkit daripada tidur keesokan hari juga macam biasa,(jika belum mati lagi,Insya-Allah) kemas tempat tidur dan angkat bantal jumpa seekor lipas di bawah bantal.
Adakah salah lipas kerana menyorok di bawah bantal kita?
atau adalah salah kita jika memukul lipas yang sedang menyorok itu?
Kita capai apa yang dekat dengan kita dan memukul lipas sambil menghalau ia keluar,kita tidak mahu memukul lipas sampai pecah perut,nanti ia busuk pula di dalam bilik kita,dekat dengan kita juga ada 'Hanger' berwarna 'Pink',kalau guna 'Hanger' (penyangkut baju) kebarangkalian untuk lipas terlepas adalah tinggi,kita biarkan lipas keluar dan di luar bilik kita pukul ia menggunakan selipar,dua kami pukulan lipas pun menghembus nafas yang terakhir......
Kembali kepada tajuk asal,lipas boleh membawa penyakit dan juga berpotensi untuk memasuki dan menggigit telinga kita, kalau kita biarkan ia bebas.
Lipas tidak salah,kerana ia mencari tempat untuk berlindung,lipas tidak salah jika memasuki telinga kita kerana itu adalah perangai lipas dalam kehidupannya dan cara ia mencari makanannya.
Salah kita kerana tidak menjaga kebersihan sehingga di masuki oleh lipas.
Friday, 21 August 2015
Friday, 10 July 2015
Saturday, 4 July 2015
Saturday, 2 May 2015
Bagaimana Orang Biasa Boleh Jadi Kaya Dengan Sembang Berilmu?
Contoh sahaja :
1. Sembang Penjual dan Syarikat Ejen Hartanah....
Tauke A : Saya nak jual tanah saya! ini profile nya. harganya RM 7,000.000
Ringgit Malaysia Tujuh Juta Sahaja.
Syarikata Ejen Hartanah : Nanti saya nilai dahulu... Ok nilai itu diterima oleh bos kami..
2. Sembang Syarikat Ejen Hartanah dan Broker....
Syarikat Ejen Hartanah : Bos besar cakap tanah ini bernilai RM8,000.000
Broker : Ok.tuan. ya saya.
3. Sembang Broker tanah dengan pembeli tanah....
Broker Tanah : Maaf Tuan! tak boleh kurang lagi tuan. Tuan saya cakap, tak boleh kurang daripada
RM8,5000,000.
Tuan Pembeli : Ok saya setuju!
Broker Tanah : Ok Tuan, bayar dulu 3% dan 7% lagi apabila nak sign borang SNP.
.........................................................................................................
Syarikat ejen hartanah Mark-Up satu juta,RM1juta.... Syarikat berdaftar dapat RM1 juta!
Broker mark-up RM500,000.... Broker itu dapat RM500,000!
Tuesday, 31 March 2015
Sunday, 29 March 2015
Saturday, 28 March 2015
Thursday, 26 March 2015
Monday, 23 March 2015
Saturday, 21 March 2015
Wednesday, 18 March 2015
Monday, 16 March 2015
Saturday, 7 March 2015
Sunday, 1 March 2015
Monday, 23 February 2015
Jangan membazir.... jangan marah!
( tengok budak kecil ni tak membazir)
28 Jika engkau berpaling dari mereka itu kerana mencari rezeki Tuhan mu yang engkau harapkan,
maka katakanlah kepada mereka perkataan yang lemah-lembut.
Ayat 27 dan 28, Surah Al-Israak
Wednesday, 18 February 2015
Pengalaman mula-mula hisap rokok dan berhenti merokok.
Saya mula merokok darjah 5 dan berhenti merokok pada umur 20 tahun.
Satu hari,kawan saya curi rokok rumah nenek dia, dia ke rumah saya dan ajak saya keluar merokok.
Kayuh basikal ke kampung sebelah,selepas panjat tanah berbanggol,sampai di sebuah rumah,depan rumah itu ada tanah rata yang bersih dan depan rumah itu juga ada satu bangsal buruk yang ditinggalkan....
Saya dapat satu idea,menuju ke bangsal buruk itu untuk merokok,sebaik sahaja nak merokok tiba-tiba perasan ada orang dewasa datang dari arah belakang,tujuan saya nak merokok tergendala,kalau tak silap saya,saya cuba sorok sebungkus rokok dan keluar dari bangsal buruk itu.
Saya datang sekali lagi ke bangsal itu, tujuan nak ambil rokok yang ditinggalkan itu, sebungkus rokok sudah tiada yang tinggal hanya sebatang rokok di atas palang.
Apa-apa pun saya sudah berhenti merokok sampai sekarang.....
Sunday, 15 February 2015
Friday, 6 February 2015
Thursday, 22 January 2015
Pemandangan yang indah
Kata orang, salah satu daripada pemandangan yang indah adalah pemandangan sawah padi yang terbentang luas dan dibelakangnya ada bukit yang bentuknya bergunung-gunung,setiap kali pulang ke rumah disajikan dengan pemandangan indah ini sedangkan orang-orang dikota dikusutkan fikiran dengan kesesakan jalan raya.
Ya, kebanyakan setiap daripada kita impikan ketenangan dan kedamaian cuma tidak dapat mengelak daripada kekusutan dan kekalutan dalam rutin kehidupan harian.
7 Dan bumi,bagaimana kami membentangkannya dan mengadakan gunung-gunung di atasnya, dan kami tumbuhkan di atasnya bermacam-macam yang indah?
8 Sebagai pemandangan dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali.
Surah Qaaf
Kata orang, perasaan setiap pemandangan itu lebih indah lagi jika seseorang itu adalah orang-orang yang bertaubat, sebab itulah di satu tempat yang sama, ada sesetengah orang dapat merasakan kedamaian tetapi sebaliknya bagi sesetengah orang yang lain.
31. Dihampirkan syurga kepada orang-orang taqwa yang tiada jauh.
32. Inilah yang dijanjikan untuk tiap-tiap orang yang kembali lagi memelihara.
33. barang siapa yang takut kepada yang maha pengasih tanpa dilihatnya dan datang dengan hati taubat .
Surah Qaaf
Dalam ayat 32 diatas, pertakaan 'memelihara' disebut selepas perkataan 'dijanjikan'.
Wednesday, 14 January 2015
Monday, 12 January 2015
Thursday, 8 January 2015
Tolaklah dengan (cara)yang terbaik....
Jika bertembung kebaikan dengan kejahatan, maka tolaklah dengan yang'terbaik' terhadap kejahatan itu.
jangan pula melakukan sebaliknya, tolak dengan cara 'terjahat' terhadap kebaikan.
Saya ada dua kisah benar hendak dikongsikan disini, ia ada kaitan dengan penolakkan terhadap sesuatu yang tidak disukai atau sesutu kejahatan.
Kisah Pertama.
Pada suatu ketika dahulu,Awang Tok seorang lelaki samseng yang dikatakan mengamalkan ilmu kebal, dan ditakuti oleh ramai orang di kampungnya. Awang Tok suka melarikan wanita-wanita yang disukai tanpa menghiraukan orang lain, pada suatu hari, Awang Tok mendatangi Makteh dan memberitahunya bahawa dia inginkan Makteh.
Beritahu Makteh, lebih kurang begini bunyinya....
" Saya anggap abang ni seperti abang kandung saya sendiri,
takkanlah abang tergamak berbuat jahat kepada kita"
Balas Awang Tok,
" Mu lah wanita yang baik, tak ada pempuan lain sebelum ni cakap begini kat aku"
So, Makteh telah mendapat keuntungan besar daripada penolokan dengan yang terbaik terhadap permintaan Awang Tok itu.
1) Pertama, kalau Makteh turutkan permintaan Awang Tok itu, orang akan anggap makteh sebagai wanita muruhan dan tiada harga diri.
2) Kedua, kalaulah Makteh menolak permintaan Awang Tok itu dengan cara menyakiti hatinya, mungkin Awang Tok akan menggunakan kekerasan atau senjata tajam.
3) Ketika, Makteh menolak dengan cara terbaik terhadap permintaan Awang Tok,
maka Makteh mendapat keuntungan yang besar iaitu "mendapat perlindungan daripada Awang Tok".
tidak ada orang lain yang berani mengganggunya lagi.
Kisah Kedua
Bukan nama sebenar. Razali dan Fakrin berkawan baik sejak dibangku sekolah lagi, mereka berdua satu sekolah dengan Murni. Razali minat terhadap Murni,tetapi Murni minat terhadap Fakrin.
Ringkaskan cerita, Razali masuk meminang Murni, murni menolak pinangan Razali dengan satu penghinaan ynag hebat terhadap Razali, kata Murni....
"kau hitam macam ni, ada hati nak kat aku bla bla bla bala....."
Selepas itu, Murni cuba rapatkan hubungan dengan keluarga Fakrin, kelurga Fakrin memaksa Fakrin menerima Murni walaupun berkali-kali Fakrin tidak boleh menerimanya dengan alasan Murni bukan wanita yang baik (hati).
Akibat daripada penolakkan Murni terhadap Razali sebelum itu dengan cara tidak baik, hubungan Razali dengan Fakrin terputus begitu saja, sedangkan sebelum itu mereka berkawan baik.
Wednesday, 7 January 2015
Surah An-nahl ayat 93 -100
SATU UMAT ? TETAPI.........
93. kalau sekiranya Allah menghendaki, niscaya dijadikanNya kamu menjadi satu umat,tetapi Dia menyesatkan siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang dikehendakiNya. Nanti kamu akan diperiksa tentang apa2 yang telah kamu perbuat
NANTI TERGELINCIR KAKI MU....
94. Janganlah kamu jadikan sumpahmu untuk menipu antara kamu, nanti tergelincir kakimu sesudah tetapnya dan kamu rasai siksaan, sebab kamu menghalangi jalan Allah dan untukmu seksaan yang besar.
JANJI ALLAH ATAU WANG?
95. Janganlah kamu jual janji Allah dengan wang yang sedikit. Hanya yang disisi Allah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
YANG HABIS ATAU YANG KEKAL?
96. Apa-apa yang disisimu akan habis dan apa-apa yang ada disisi Allah akan kekal. Demi, nanti akan kami balasi orang2 yang sabar dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
BALASAN MENGERJAKAN KEBAIKAN!!!!!
97. Barang siapa mengerjakan kebaikan,baik laki2 ataupun perempuan, sedang ia beriman, niscaya kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
98. Apabila engkau membaca Quran, hendaklah berlindung kepada Allah dari syetan yang direjam.
99. Sesungguhnya syetan itu tiada mempunyai kekuasaan atas orang2 yang beriman serta bertawakal kepada tuhannya
100. Hanya kekuasan atas orang2 yang mengikutnya dan orang2 yang mempersekutukan Allah dengan dia.
Sunday, 4 January 2015
Friday, 2 January 2015
Keuntungan yang besar.....
Syurga Dunia tidak seperti Syurga Akhirat.
Neraka Dunia tidak seperti Neraka Akhirat.
Bagi orang-orang beriman, dunia bagaikan penjara....
bagi orang-orang kafir,dunia bagaikan syurga.....
Bagi orang-orang beriman, kubur bagaikan syurga.....
bagi orang-orang kafir, kubur bagaikan penjara....
Bagi orang-orang yang menolak petunjuk daripada Allah S.W.T, mereka sabar atau meminta redha daripada
Allah S.W.T, langsung tidak bermakna disisi Allah S.W.T . Sabar mereka masuk ke neraka, redha yang diminta mereka tidak diterima.
Jika mereka sabar,maka nerakalah tempat tinggalnya,dan jika mereka minta keredhaan, maka mereka tiada termasuk orang-orang yang diredhai.
Ayat 24: Surah Hamim Sajdah.
......................................................................
Berkata orang-orang yang kafir : Ya tuhan kami, perlihatkanlah kepada kami dua bangsa yang menyesatkan kami jin dan manusia,niscaya kami jadikan keduanya dibawah telapak kaki kami, supaya kedua-duanya terkebawah sekali.
Ayat 29: Surah Hamim Sajdah.
......................................................................
Tidak sama perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah dengan yang terbaik, lalu sekonyong-konyong orang ada permusuhan antara engkau dengan dia menjadi sahabat yang karib.
Ayat 34: Surah Hamim Sajdah
.......................................................................
Tetapi tiadalah yang memperbuatnya kecuali orang-orang yang sabar dan tiadalah yang memperbuatnya kecuali orang yang mempunyai keuntungan yang besar.
Ayat 35: Surah Hamim Sajdah.
......................................................................
Subscribe to:
Posts (Atom)