Thursday, 8 January 2015

Tolaklah dengan (cara)yang terbaik....



Kali ini,Saya sengaja memilih tajuk ini,"Tolaklah dengan yang terbaik",ia tiada kena mengena dengan diri saya sendiri dalam masa terdekat ini.

Jika bertembung kebaikan dengan kejahatan, maka tolaklah dengan yang'terbaik' terhadap kejahatan itu.
jangan pula melakukan sebaliknya, tolak dengan cara 'terjahat' terhadap kebaikan.

Saya ada dua kisah benar hendak dikongsikan disini, ia ada kaitan dengan penolakkan terhadap sesuatu yang tidak disukai atau sesutu kejahatan.


Kisah Pertama.
Pada suatu ketika dahulu,Awang Tok seorang lelaki samseng yang dikatakan mengamalkan ilmu kebal, dan ditakuti oleh ramai orang di kampungnya. Awang Tok suka melarikan wanita-wanita yang disukai tanpa menghiraukan orang lain, pada suatu hari, Awang Tok mendatangi Makteh dan memberitahunya bahawa dia inginkan Makteh.
 Beritahu Makteh, lebih kurang begini bunyinya....
 " Saya anggap abang ni seperti abang kandung saya sendiri,
takkanlah abang tergamak berbuat jahat kepada kita"

Balas Awang Tok,
" Mu lah wanita yang baik, tak ada pempuan lain sebelum ni cakap begini kat aku"

So, Makteh telah mendapat keuntungan besar daripada penolokan dengan yang terbaik terhadap permintaan Awang Tok itu.

1) Pertama, kalau Makteh turutkan permintaan Awang Tok itu, orang akan anggap makteh sebagai wanita muruhan dan tiada harga diri.

2) Kedua, kalaulah Makteh menolak permintaan Awang Tok itu dengan cara menyakiti hatinya, mungkin Awang Tok akan menggunakan kekerasan atau senjata tajam.

3) Ketika, Makteh menolak dengan cara terbaik terhadap permintaan Awang Tok, 
maka Makteh mendapat keuntungan yang besar iaitu "mendapat perlindungan daripada Awang Tok".
tidak ada orang lain yang berani mengganggunya lagi.


Kisah Kedua
Bukan nama sebenar. Razali dan Fakrin berkawan baik sejak dibangku sekolah lagi, mereka berdua satu sekolah dengan Murni. Razali minat terhadap Murni,tetapi Murni minat terhadap Fakrin.
Ringkaskan cerita, Razali masuk meminang Murni, murni menolak pinangan Razali dengan satu penghinaan ynag hebat terhadap Razali, kata Murni....
"kau hitam macam ni, ada hati nak kat aku bla bla bla bala....."

Selepas itu, Murni cuba rapatkan hubungan dengan keluarga Fakrin, kelurga Fakrin memaksa Fakrin menerima Murni walaupun berkali-kali Fakrin tidak boleh menerimanya dengan alasan Murni bukan wanita yang baik (hati).

Akibat daripada penolakkan Murni terhadap Razali sebelum itu dengan cara tidak baik, hubungan Razali dengan Fakrin terputus begitu saja, sedangkan sebelum itu mereka berkawan baik.