Thursday, 22 January 2015

Pemandangan yang indah



Kata orang, salah satu daripada pemandangan yang indah adalah pemandangan sawah padi yang terbentang luas dan dibelakangnya ada bukit yang bentuknya bergunung-gunung,setiap kali pulang ke rumah disajikan dengan pemandangan indah ini sedangkan orang-orang dikota dikusutkan fikiran dengan kesesakan jalan raya.
Ya, kebanyakan setiap daripada kita impikan ketenangan dan kedamaian cuma tidak dapat mengelak daripada kekusutan dan kekalutan dalam rutin kehidupan harian.

7    Dan bumi,bagaimana kami membentangkannya dan mengadakan gunung-gunung di atasnya, dan kami tumbuhkan di atasnya bermacam-macam yang indah?
8    Sebagai pemandangan dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali.
 Surah Qaaf

Kata orang, perasaan setiap pemandangan itu  lebih indah lagi jika seseorang itu adalah orang-orang yang bertaubat, sebab itulah di satu tempat yang sama, ada sesetengah orang dapat merasakan kedamaian tetapi sebaliknya bagi sesetengah orang yang lain.

31.   Dihampirkan syurga kepada orang-orang taqwa yang tiada jauh.
32.   Inilah yang dijanjikan untuk tiap-tiap orang yang kembali lagi memelihara.
33.   barang siapa yang takut kepada yang maha pengasih tanpa dilihatnya dan datang dengan hati taubat .
 Surah Qaaf

Dalam ayat 32 diatas, pertakaan 'memelihara' disebut selepas perkataan 'dijanjikan'.