Friday, 11 September 2015
Aku cuma mencuri. Salah kah aku mencuri ?
Aku hadir pada majlis makan malam,makanan sedap-sedap belaka tapi semua orang tidak pedulikan aku seolah-olah tidak pernah kenal aku,kalau mereka tidak pernah kenal aku kenapa mereka menghalang aku daripada mendapatkan hidangan itu,biasanya orang akan menghormati tetamu termasuk tetamu yang tidak dikenali dan menjemputnya makan sekali.
Ya, mereka kenal aku tetapi sengaja nak memalukan aku atau menyakitkan hati aku. Adakah jamuan itu hak mereka? aku fikir tidak! mereka cuma diberi tugas untuk mengendalikan jamuan makan itu, siapa yang hadir berhak untuk mendapat makanan itu,siapa dia untuk mengahalang orang lain daripada mendapatkan makanan itu?
Bukan aku lapar sangat tetapi semua itu tidak adil, maka aku membuat satu tindakan semata-mata untuk menbalas sekatan ekonomi mereka terhadap aku, maka,aku mencuri 3 cucuk sate!
Ya,aku berjaya membuat mereka 'tidak puas hati' walaupun dalam di sudut hati aku ada perasaan malu dengan tindakan atau perbuatan kebudak-budakan itu. Mereka terus menerus menuduh aku sebagai pencuri, sedangkan apa yang aku curi cuma 3 cucuk sate, ia masih sedikit berbanding dengan apa yang sepatut aku dapat jika mereka tidak mengenakan sekatan terhadap aku. Salahkan aku mencuri?