Saturday, 13 December 2014
Ulat dalam petai boleh hidup.
Ulat dalam petai boleh hidup.
Serannga mencucuk buah-buahan,selepas itu di dalam buah-buah itu ada ulat, saya pernah ternampak,dalam petai yang berwarna hijau ada ulat yang berwarna biru salju, ulat-ulat itu membuat jalan di dalam buah petai, Maka,siapa kata biru dan hijau tidak boleh bersatu?
Kalkatu dalam pusu boleh hidup.
Anda mesti kenal kalkatu,warnanya macam coklat,boleh terbang dan bersaudara dengan anai-anai,selalunya keluar selepas hari hujan kerana lubang-lubangnya di tenggelami oleh air yang mengalir.
Tahukah anda? Jika "ayam" makan kalkatu boleh menyebabkan demam atau monyok, jika "katak puru" makan kalkatu boleh menyebabkan perut mengembong dan meletup dengan sendirinya. Ajaib juga serangga kalkatu ini.
Serangga ini biasanya akan dimakan oleh burung-burung yang makan menyambar,seperti burung layang-layang dan sebagainya. Kalau di hutan,"burung hijau muda muncung panjang" juga makan kalkatu, burung jenis ini jarang kelihatan di kampung-kampung atau bendang,ia juga jarang dilihat di hutan kecuali apabila terkena pukat manusia di hutan dan dilepaskan semula ke hutan.
Dalam Quran, kita diharamkan untuk memakan burung-burung yang makan menyambar.
Sekian sahaja untuk kali ini perihal tentang kalkatu.