Friday, 19 December 2014
Pasal banjir.
Saya nak cerita pasal banjir sikit,dalam musim banjir begini kita tidak boleh lalai,bagi yang tinggal di kawasan yang sangat rendah,berjaga-jaga dengan kenderaan anda supaya tidak ditenggelami air yang datang dengan tiba-tiba,bagi yang menternak binatang,jangan lupa untuk memindahkan ternakan anda dan tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang berkemungkinan akan menjadi mangsa banjir jika leka dan lalai ketika hujan sedang lebat.
Saya nak kongsikan satu contoh yang kecil disini,walaupun contoh ini kecil tetapi kalau kita lalai perkara kecil boleh jadi kita akan lalai perkara yang lebih besar di kemudian hari, "aun zubillahimin zalik",
Di sini,saya ingatkan kepada diri saya sendiri terlebih dahulu.
Contohnya,di kampung-kampung,jika anda ada anak-anak ayam yang diletakkan di dalam reban atas tanah bertujuan untuk selamatkannya daripada patukan ayam-ayam yang lebih besar,cuba bayangkan jika hujan datang dengan lebat secara tiba-tiba,anda lupa akan anak-anak ayam anda,apa yang akan terjadi?
air akan memenuhi reban itu dan ia akan mati kelemasan. Mungkin selepas itu anda akan berasa hairan,
air datang dengan cepat dan sekejap sahaja memenuhi reban itu tetapi boleh membunuhnya.
Begitulah dalam kehidupan ini,kita tidak boleh lalai daripada berfikir ke arah kebaikan tentang sesuatu di sekeliling kita selain daripada mengingati Allah sebanyak mungkin.
Jika anda kehilangan sesuatu kerana banjir, bersabarlah, Insya-Allah,mungkin Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang baru serupa sahaja jumlahnya dengan apa yang anda kehilangannya,mungkin berbeza rupanya.