Sunday, 21 December 2014
3 kali Adam dan Hawa langgar perintah Allah.
Setakat mana yang saya tahu sebelum ini,dalam Quran,Adam dan hawa melanggar perintah Allah
sebanyak 3 kali,
Pertama,
Allah melarang keduanya berkawan dengan syaitan kerana syaitan itu adalah musuh mereka yang nyata.
Meraka langgar perintah ini.
Kedua,
Allah melarang keduanya menghampiri pokok khuldi, tetapi keduanya menghampiri pokok itu setelah diperdaya oleh syaitan.
Ketiga,
Mereka bertelanjang di dalam syurga setelah menikmati buah khuldi,sedangkan peraturan ketika itu tidak boleh bertelanjang di dalam syurga itu.
Hai anak2 adam,janganlah kamu terpedaya oleh syaitan, sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapakmu dari dalam syurga, sedang ia menanggalkan pakaian keduanya,supaya terbuka kemaluannya. Sesungguhnya kami angkat syaitan2 itu menjali wali bagi orang2 yang tidak beriman.
Ayat 27 : Surah Al-araaf
Jangan jadikan alasan untuk melakukan sesuatu oleh kerana ia pernah dilakukan oleh bapak2 kita,
setiap yang berdosa adalah keji-keji berlaka, contohnya, meminta pertolongan dengan Jin tetapi mendakwanya itu adalah pertolongan daripada Jin Islam atau orang bunian,bapak2 kami melakukan demikian, kami juga ingin melakukan begitu, tidak boleh begitu.
Apabila mereka memperbuat yang keji,mereka berkata kami dapati bapak2 kami memperbuat demikian dan Allah menyuruh kami dengan dia. Katakanlah: sesungguhnya Allah tidak menyuruh memperbuat yang keji2 itu. Apakah kamu berani mengatakan terhadap Allah sesuatu yang tiada kamu ketahui?
Ayat 28 : Surah Al-Araaf
4 perkara penting perlu diingatkan,berlaku adil,tunaikan solat,berdoa kepadaNya dan ikhlas dalam agama.
Ingatlah kita semua adalah bangsa manusia yang dijadikan daripada tanah dan kepada tanah kita akan disemadikan.
Katakanlah: Tuhanku menyuruh dengan keadilan. hadapkanlah mukamu lurus2 tiap2 sembahyang dan mintalah kepadaNya serta mengikhlaskan agama kepadaNya. Sebagaimana Allah telah memulai kejadianmu,begitu pula kamu kembali kepadaNya.
Ayat 29 : Surah Al-Araaf
Syaitan tidak mampu untuk menyesatkan orang-orang yang ikhlas.
Satu golongan mendapat petunjuk dan satu golongan menjadi sesat,kerana mereka itu mengangkat syaitan menjadi wali bukan Allah, sedang mereka mengira bahawa mereka itu mendapat petunjuk.
Ayat 30 : Surah Al-Araaf