Wednesday, 31 December 2014

Poster : Grasshopper

  .                                 Poster ini dinamakan sebagai BELALANG.

Fly of the day

                 Lukisan ini saya namakan sebagai Fly of the day.

Sunday, 21 December 2014

3 kali Adam dan Hawa langgar perintah Allah.



Setakat mana yang saya tahu sebelum ini,dalam Quran,Adam dan hawa melanggar perintah Allah
sebanyak 3 kali,
Pertama,
Allah melarang keduanya berkawan dengan syaitan kerana syaitan itu adalah musuh mereka yang nyata.
Meraka langgar perintah ini.
Kedua,
Allah melarang keduanya menghampiri pokok khuldi, tetapi keduanya menghampiri pokok itu setelah diperdaya oleh syaitan.
Ketiga,
Mereka bertelanjang di dalam syurga setelah menikmati buah khuldi,sedangkan peraturan ketika itu tidak boleh bertelanjang di dalam syurga itu.

Hai anak2 adam,janganlah kamu terpedaya oleh syaitan, sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapakmu dari dalam syurga, sedang ia menanggalkan pakaian keduanya,supaya terbuka kemaluannya. Sesungguhnya kami angkat syaitan2 itu menjali wali bagi orang2 yang tidak beriman. 
Ayat 27 : Surah Al-araaf

Jangan jadikan alasan untuk melakukan sesuatu oleh kerana ia pernah dilakukan oleh bapak2 kita,
setiap yang berdosa adalah keji-keji berlaka, contohnya, meminta pertolongan dengan Jin  tetapi mendakwanya itu adalah pertolongan daripada Jin Islam atau orang bunian,bapak2 kami melakukan demikian, kami juga ingin melakukan begitu, tidak boleh begitu.

Apabila mereka memperbuat yang keji,mereka berkata kami dapati bapak2 kami memperbuat demikian dan Allah menyuruh kami dengan dia. Katakanlah: sesungguhnya Allah tidak menyuruh memperbuat yang keji2 itu. Apakah kamu berani mengatakan terhadap Allah sesuatu yang tiada kamu ketahui? 
Ayat 28 : Surah Al-Araaf


4 perkara penting perlu diingatkan,berlaku adil,tunaikan solat,berdoa kepadaNya dan ikhlas dalam agama
Ingatlah kita semua adalah bangsa manusia yang dijadikan daripada tanah dan kepada tanah kita akan disemadikan.

Katakanlah: Tuhanku menyuruh dengan keadilan. hadapkanlah mukamu lurus2 tiap2 sembahyang dan mintalah kepadaNya serta mengikhlaskan agama kepadaNya. Sebagaimana Allah telah memulai kejadianmu,begitu pula kamu kembali kepadaNya.
Ayat 29 : Surah Al-Araaf


Syaitan tidak mampu untuk menyesatkan orang-orang yang ikhlas.

Satu golongan mendapat petunjuk dan satu golongan menjadi sesat,kerana mereka itu mengangkat syaitan menjadi wali bukan Allah, sedang mereka mengira bahawa mereka itu mendapat petunjuk.
Ayat 30 : Surah Al-Araaf

Friday, 19 December 2014

Pasal banjir.



Saya nak cerita pasal banjir sikit,dalam musim banjir begini kita tidak boleh lalai,bagi yang tinggal di kawasan yang sangat rendah,berjaga-jaga dengan kenderaan anda supaya tidak ditenggelami  air yang datang dengan tiba-tiba,bagi yang menternak binatang,jangan lupa untuk memindahkan ternakan anda dan tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang berkemungkinan akan menjadi mangsa banjir jika leka dan lalai ketika hujan sedang lebat.

Saya nak kongsikan satu contoh yang kecil disini,walaupun contoh ini kecil tetapi kalau kita lalai perkara kecil boleh jadi kita akan lalai perkara yang lebih besar di kemudian hari, "aun zubillahimin zalik",
Di sini,saya ingatkan kepada diri saya sendiri terlebih dahulu.

Contohnya,di kampung-kampung,jika anda ada anak-anak ayam yang diletakkan di dalam reban atas tanah bertujuan untuk selamatkannya daripada patukan ayam-ayam yang lebih besar,cuba bayangkan jika hujan datang dengan lebat secara tiba-tiba,anda lupa akan anak-anak ayam anda,apa yang akan terjadi?
air akan memenuhi  reban itu dan ia akan mati kelemasan. Mungkin selepas itu anda akan berasa hairan,
air datang dengan cepat dan sekejap sahaja memenuhi reban itu tetapi boleh membunuhnya.

Begitulah dalam kehidupan ini,kita tidak boleh lalai daripada berfikir ke arah kebaikan tentang sesuatu di sekeliling kita selain daripada mengingati Allah sebanyak mungkin.

Jika anda kehilangan sesuatu kerana banjir, bersabarlah, Insya-Allah,mungkin Allah  akan menggantikannya dengan sesuatu yang baru serupa sahaja jumlahnya dengan apa yang anda kehilangannya,mungkin berbeza rupanya.

Saturday, 13 December 2014

Ulat dalam petai boleh hidup.



Ulat dalam petai boleh hidup.
Serannga mencucuk buah-buahan,selepas itu di dalam buah-buah itu ada ulat, saya pernah ternampak,dalam petai yang berwarna hijau ada ulat yang berwarna biru salju, ulat-ulat itu membuat jalan di dalam buah petai, Maka,siapa kata biru dan hijau tidak boleh bersatu?

Kalkatu dalam pusu boleh hidup.
Anda mesti kenal kalkatu,warnanya macam coklat,boleh terbang dan bersaudara dengan anai-anai,selalunya keluar selepas hari hujan kerana lubang-lubangnya di tenggelami oleh air yang mengalir.

Tahukah anda? Jika "ayam" makan kalkatu boleh menyebabkan demam atau monyok, jika "katak puru" makan kalkatu boleh menyebabkan perut mengembong dan meletup dengan sendirinya. Ajaib juga serangga kalkatu ini.

Serangga ini biasanya akan dimakan oleh burung-burung yang makan menyambar,seperti burung layang-layang dan sebagainya. Kalau di hutan,"burung hijau muda muncung panjang" juga makan kalkatu, burung jenis ini jarang kelihatan di kampung-kampung atau bendang,ia juga jarang dilihat di hutan kecuali apabila terkena pukat manusia di hutan dan dilepaskan semula ke hutan.

Dalam Quran, kita diharamkan untuk memakan burung-burung yang makan menyambar.
Sekian sahaja untuk kali ini perihal tentang kalkatu.