Thursday, 22 January 2015

Pemandangan yang indah



Kata orang, salah satu daripada pemandangan yang indah adalah pemandangan sawah padi yang terbentang luas dan dibelakangnya ada bukit yang bentuknya bergunung-gunung,setiap kali pulang ke rumah disajikan dengan pemandangan indah ini sedangkan orang-orang dikota dikusutkan fikiran dengan kesesakan jalan raya.
Ya, kebanyakan setiap daripada kita impikan ketenangan dan kedamaian cuma tidak dapat mengelak daripada kekusutan dan kekalutan dalam rutin kehidupan harian.

7    Dan bumi,bagaimana kami membentangkannya dan mengadakan gunung-gunung di atasnya, dan kami tumbuhkan di atasnya bermacam-macam yang indah?
8    Sebagai pemandangan dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali.
 Surah Qaaf

Kata orang, perasaan setiap pemandangan itu  lebih indah lagi jika seseorang itu adalah orang-orang yang bertaubat, sebab itulah di satu tempat yang sama, ada sesetengah orang dapat merasakan kedamaian tetapi sebaliknya bagi sesetengah orang yang lain.

31.   Dihampirkan syurga kepada orang-orang taqwa yang tiada jauh.
32.   Inilah yang dijanjikan untuk tiap-tiap orang yang kembali lagi memelihara.
33.   barang siapa yang takut kepada yang maha pengasih tanpa dilihatnya dan datang dengan hati taubat .
 Surah Qaaf

Dalam ayat 32 diatas, pertakaan 'memelihara' disebut selepas perkataan 'dijanjikan'.

Thursday, 8 January 2015

Tolaklah dengan (cara)yang terbaik....



Kali ini,Saya sengaja memilih tajuk ini,"Tolaklah dengan yang terbaik",ia tiada kena mengena dengan diri saya sendiri dalam masa terdekat ini.

Jika bertembung kebaikan dengan kejahatan, maka tolaklah dengan yang'terbaik' terhadap kejahatan itu.
jangan pula melakukan sebaliknya, tolak dengan cara 'terjahat' terhadap kebaikan.

Saya ada dua kisah benar hendak dikongsikan disini, ia ada kaitan dengan penolakkan terhadap sesuatu yang tidak disukai atau sesutu kejahatan.


Kisah Pertama.
Pada suatu ketika dahulu,Awang Tok seorang lelaki samseng yang dikatakan mengamalkan ilmu kebal, dan ditakuti oleh ramai orang di kampungnya. Awang Tok suka melarikan wanita-wanita yang disukai tanpa menghiraukan orang lain, pada suatu hari, Awang Tok mendatangi Makteh dan memberitahunya bahawa dia inginkan Makteh.
 Beritahu Makteh, lebih kurang begini bunyinya....
 " Saya anggap abang ni seperti abang kandung saya sendiri,
takkanlah abang tergamak berbuat jahat kepada kita"

Balas Awang Tok,
" Mu lah wanita yang baik, tak ada pempuan lain sebelum ni cakap begini kat aku"

So, Makteh telah mendapat keuntungan besar daripada penolokan dengan yang terbaik terhadap permintaan Awang Tok itu.

1) Pertama, kalau Makteh turutkan permintaan Awang Tok itu, orang akan anggap makteh sebagai wanita muruhan dan tiada harga diri.

2) Kedua, kalaulah Makteh menolak permintaan Awang Tok itu dengan cara menyakiti hatinya, mungkin Awang Tok akan menggunakan kekerasan atau senjata tajam.

3) Ketika, Makteh menolak dengan cara terbaik terhadap permintaan Awang Tok, 
maka Makteh mendapat keuntungan yang besar iaitu "mendapat perlindungan daripada Awang Tok".
tidak ada orang lain yang berani mengganggunya lagi.


Kisah Kedua
Bukan nama sebenar. Razali dan Fakrin berkawan baik sejak dibangku sekolah lagi, mereka berdua satu sekolah dengan Murni. Razali minat terhadap Murni,tetapi Murni minat terhadap Fakrin.
Ringkaskan cerita, Razali masuk meminang Murni, murni menolak pinangan Razali dengan satu penghinaan ynag hebat terhadap Razali, kata Murni....
"kau hitam macam ni, ada hati nak kat aku bla bla bla bala....."

Selepas itu, Murni cuba rapatkan hubungan dengan keluarga Fakrin, kelurga Fakrin memaksa Fakrin menerima Murni walaupun berkali-kali Fakrin tidak boleh menerimanya dengan alasan Murni bukan wanita yang baik (hati).

Akibat daripada penolakkan Murni terhadap Razali sebelum itu dengan cara tidak baik, hubungan Razali dengan Fakrin terputus begitu saja, sedangkan sebelum itu mereka berkawan baik.


Wednesday, 7 January 2015

Surah An-nahl ayat 93 -100





 SATU UMAT ? TETAPI.........

93.   kalau sekiranya Allah menghendaki, niscaya dijadikanNya kamu menjadi satu umat,tetapi Dia menyesatkan siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang dikehendakiNya. Nanti kamu akan diperiksa tentang apa2 yang telah kamu perbuat

NANTI TERGELINCIR KAKI MU....

94.   Janganlah kamu jadikan sumpahmu untuk menipu antara kamu, nanti tergelincir kakimu sesudah tetapnya dan kamu rasai siksaan, sebab kamu menghalangi jalan Allah dan untukmu seksaan yang besar.

JANJI ALLAH ATAU WANG?

95.   Janganlah kamu jual janji Allah dengan wang yang sedikit. Hanya yang disisi Allah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

YANG HABIS ATAU YANG KEKAL?

96.   Apa-apa yang disisimu akan habis dan apa-apa yang ada disisi Allah akan kekal. Demi, nanti akan kami balasi orang2 yang sabar dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.

 BALASAN MENGERJAKAN KEBAIKAN!!!!!

97.   Barang siapa mengerjakan kebaikan,baik laki2 ataupun perempuan, sedang ia beriman, niscaya kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.

98.   Apabila engkau membaca Quran, hendaklah berlindung kepada Allah dari syetan yang direjam.

99.  Sesungguhnya syetan itu tiada mempunyai kekuasaan atas orang2 yang beriman serta bertawakal kepada tuhannya

100. Hanya kekuasan atas orang2 yang mengikutnya dan orang2 yang mempersekutukan Allah dengan dia.

Sunday, 4 January 2015

Friday, 2 January 2015

Keuntungan yang besar.....



Syurga Dunia tidak seperti Syurga Akhirat.
Neraka Dunia tidak seperti Neraka Akhirat.

Bagi orang-orang beriman, dunia bagaikan penjara....
bagi orang-orang kafir,dunia bagaikan syurga.....

Bagi orang-orang beriman, kubur bagaikan syurga.....
bagi orang-orang kafir, kubur bagaikan penjara....


Bagi orang-orang yang menolak petunjuk daripada Allah S.W.T, mereka sabar atau meminta redha daripada
Allah S.W.T, langsung tidak bermakna disisi Allah S.W.T .  Sabar mereka masuk ke neraka, redha yang diminta mereka  tidak diterima.


Jika mereka sabar,maka nerakalah tempat tinggalnya,dan jika mereka minta keredhaan, maka mereka tiada termasuk orang-orang yang diredhai.
Ayat 24: Surah Hamim Sajdah.
......................................................................

Berkata orang-orang yang kafir : Ya tuhan kami, perlihatkanlah kepada kami dua bangsa yang menyesatkan kami jin dan manusia,niscaya kami jadikan keduanya dibawah telapak kaki kami, supaya kedua-duanya terkebawah sekali.
Ayat 29: Surah Hamim Sajdah.
......................................................................
Tidak sama perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah dengan yang terbaik, lalu sekonyong-konyong orang ada permusuhan antara engkau dengan dia menjadi sahabat yang karib.
Ayat 34: Surah Hamim Sajdah
.......................................................................

Tetapi tiadalah yang memperbuatnya kecuali orang-orang yang sabar dan tiadalah yang memperbuatnya kecuali orang yang mempunyai keuntungan yang besar.

Ayat 35: Surah Hamim Sajdah.
......................................................................