Tuesday, 8 September 2015
Aku Dan Lipas
Kita sebagai manusia atau makhluk Allah tidak terlepas daripada sifat lupa.
Kadangkala kita makan dalam bilik dan terlupa untuk membersihkan sisa-sisa makanan,
Tidur malam macam biasa dan bangkit daripada tidur keesokan hari juga macam biasa,(jika belum mati lagi,Insya-Allah) kemas tempat tidur dan angkat bantal jumpa seekor lipas di bawah bantal.
Adakah salah lipas kerana menyorok di bawah bantal kita?
atau adalah salah kita jika memukul lipas yang sedang menyorok itu?
Kita capai apa yang dekat dengan kita dan memukul lipas sambil menghalau ia keluar,kita tidak mahu memukul lipas sampai pecah perut,nanti ia busuk pula di dalam bilik kita,dekat dengan kita juga ada 'Hanger' berwarna 'Pink',kalau guna 'Hanger' (penyangkut baju) kebarangkalian untuk lipas terlepas adalah tinggi,kita biarkan lipas keluar dan di luar bilik kita pukul ia menggunakan selipar,dua kami pukulan lipas pun menghembus nafas yang terakhir......
Kembali kepada tajuk asal,lipas boleh membawa penyakit dan juga berpotensi untuk memasuki dan menggigit telinga kita, kalau kita biarkan ia bebas.
Lipas tidak salah,kerana ia mencari tempat untuk berlindung,lipas tidak salah jika memasuki telinga kita kerana itu adalah perangai lipas dalam kehidupannya dan cara ia mencari makanannya.
Salah kita kerana tidak menjaga kebersihan sehingga di masuki oleh lipas.