Friday, 21 November 2014
Keluarga Firaun berbohong.
Keluarga Firaun berlaku sombong (takbur) di atas muka bumi, Allah menimpakan bala kepada mereka supaya mereka 'rendah hati' dengan musim kemarau yang menyebabkan tanaman dan buah-buahan tidak menjadi.
Mereka berjanji akan beriman jika Nabi Musa meminta kepada Tuhannya apa-apa yang dijanjikanNya untuk baginda Nabi. Selepas itu,mereka berbohong dan tidak beriman.
Akhirnya, Allah S.W.T menenggelamkan keluarga Firaun di dalam laut bersama-sama Firaun dan pengikutnya ketika mengejar Nabi Musa untuk menyeberangi laut.
Ada juga dikalangan keluarga Firaun yang beriman secara senyap-senyap.
Begitulah kebanyakan di antara manusia, ketika dalam kesulitan, berbaring, sedang duduk mahupun berdiri, berdoa meminta kepada Allah S.W.T, selepas kesulitan itu hilang, mereka "buat" seolah-olah mereka tidak berdoa sebelum itu.