Saturday, 29 November 2014

Satu kod untuk gagal InsyaAllah.








Salah satu kod untuk gagal yang dikenalpasti adalah:

Mereka bersolat bertentangan dengan arah kiblat,orang lain bersolat menghadap muka ke arah kiblat tetapi mereka menghadap belakang ke arah kiblat.

Walaupun mereka memakai seperti normal, iaitu baju lengan panjang yang dilipatkan dari bawah sehingga melebihi paras siku dan tangan kanan di atas tangan kiri ,tetapi arah solat bertentangan, mereka gagal untuk mendapatkan pahala. InsyaAllah.

Peliknya, mereka memakai baju lengan panjang tetapi melipatkan lengan sehingga melebihi paras siku, dari sudut kesihatan, ia boleh menyebabkan ketiak lebih berbau berbanding memakai baju lengan pendek, kerana memakai baju lengan pendek udara bebas untuk keluar masuk dan tidak terperangkap di dalamnya dengan banyak. Memakai dengan gaya begitu udara terperangkap dengan lebih banyak.

Bersolat tidak seperti memasukkan peluru ke dalam senapang patah, tundukkan muncung senapang sekejap untuk memasukkan peluru ke dalam senapang, selepas itu dongakkan senapang untuk mengunci peluru, untuk mengelak perkara-perkara tidak diingini berlaku.
Arah kiblat telah ditetapkan untuk orang-orang islam iaitu ke arah Masjidil Haram Makah.

Apa yang diceritakan di atas adalah perumpamaan sajaha, jika ia benar-benar terjadi seperti itu kepada sesetengah orang, InsyaAllah mereka akan gagal.

haaya ala sola.....
haaya ala fala.....

Sunday, 23 November 2014

Umpama apa?



Antara dua golongan ini, ada yang berkata umpama ulat dengan daun,ada juga yang berkata umpama ulat dengan burung. Siapakah dua golongan ini?

Golongan pertama.
Mereka adalah orang-orang yang tidak beriman tetapi memberi kebaikan kepada orang-orang yang beriman. Mereka tidak merbahaya kepada orang-orang yang beriman tetapi suka menyakiti hati orang lain.

Golongan kedua.
Mereka adalah orang-orang yang zalim, mereka mudah 'sakit hati' atau tersinggung dengan kata-kata atau perbuatan orang lain. Kadang-kadang mereka melakukan kezaliman terhadap orang lain melampau batas dan tidak sepadanan dengan kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Antara dua golongan ini, golongan pertama mungkin akan menjadi mangsa kepada golongan kedua kerana golongan pertama suka menyakiti hati orang lain manakala golongan kedua pula mudah terasa dan mudah sakit hati terhadap orang lain.

Antara dua golongan ini boleh diumpamakan seperti apa?
Ada yang kata boleh diumpamakan seperti ular dengan burung.

Apa-apa pun, daun, ulat, burung dan ular, ia semuanya memerlukan pokok, bergantung pada pokok,bersarang pada pokok atau bertuduh pada pokok dan sebagainya.

Golongan pertama.
Jangan menyakiti hati orang lain,kata-kata yang baik adalah lebih baik.

Golongan kedua.
Jangan mudah terasa hati dengan kata-kata orang lain,bersangka baik dan bersabar adalah lebih baik.

Friday, 21 November 2014

Manusia mengambil tugas pokok.



Jika anda menternak ikan di dalam aquarium atau kolam, anda yang memberi makan ikan-ikan itu. Bagaimana dengan ikan di dalam sungai kecil atau sungai besar di dalam hutan, siapa yang memberinya makanan?

Anda memberi makanan kepada ikan di dalam aquarium, saiz umpan sangat kecil, ketika anda memberi makanan kepada ikan di dalam kolam penternakan, saiz umpan besar sedikit daripada saiz itu, anda menaburkan umpan-umpan ke dalam aquarium atau kolam peliharaan anda, dan ikan itu terus membesar di dalam kolam, manakala ikan di dalam aquarium berkejar-kejaran dengan kecantikannya.

Begitu juga di dalam sungai di dalam hutan, di kawasan sungai kecil,ikan-ikan juga kecil,biasanya pokok yang tumbuh di tebingnya juga kecil,mengeluarkan buah-buahan yang kecil, buah-buah ini kadangkala sama besar saiznya dengan umpan yang anda berikan kepada ikan di dalam aquarium. Buah-buahan ini gugur ke dalam sungai dan menjadi makanan ikan, seperti anda menabur umpan ke dalam aquarium di dalam rumah anda. Maka, manusia mengambil tugas pokok.  Maha Suci Allah!

Begitu juga di dalam sungai yang besar,ikan-ikan juga besar,pokok yang tumbuh di tebing sungai itu juga besar,buah-buah yang gugur ke dalam sungai yang akan menjadi makanan ikan juga bersaiz besar, kadang-kadang sama saiz dengan umpan yang anda berikan kepada ikan di dalam kolam peliharaan anda.
Ketika di kolam, anda yang mencampakkan umpan kepada ikan-ikan di dalam kolam, ketika di sungai besar,buah-buah yang gugur sendiri ke dalam sungai yang akan menjadi makanan ikan.
Seolah-olah manusia mengambil tugas pokok.  Maha Suci Allah!

Keluarga Firaun berbohong.


Keluarga Firaun berlaku sombong (takbur) di atas muka bumi, Allah menimpakan bala kepada mereka supaya mereka 'rendah hati' dengan musim kemarau yang menyebabkan tanaman dan buah-buahan tidak menjadi.
Mereka berjanji akan beriman jika Nabi Musa meminta kepada Tuhannya apa-apa yang dijanjikanNya untuk baginda Nabi. Selepas itu,mereka berbohong dan tidak beriman.

Akhirnya, Allah S.W.T menenggelamkan keluarga Firaun di dalam laut bersama-sama Firaun dan pengikutnya ketika mengejar Nabi Musa untuk menyeberangi laut.

Ada juga dikalangan keluarga Firaun yang beriman secara senyap-senyap.

Begitulah kebanyakan di antara manusia, ketika dalam kesulitan, berbaringsedang duduk mahupun berdiri, berdoa meminta kepada Allah S.W.T, selepas kesulitan itu hilang, mereka "buat" seolah-olah mereka tidak berdoa sebelum itu.

Wednesday, 19 November 2014

Isteri Firaun


Salah seorang wanita biasa yang mana doanya dicatatkan di dalam Al-Quran adalah isteri firaun, seorang wanita mulia yang ditakdirkan menjadi isteri kepada seorang penguasa yang zalim lagi bongkak, tetapi apa yang beliau perolehi sedikitpun tidak menarik minat beliau ke lembah aniaya dan permainan duniawi yang sementara ini.
Beliau berdoa kepada Allah S.W.T supaya didirikan rumah di syurga di sisi Allah S.W.T dan dilindungi daripada Firaun dan kejahatannya. Berbeza dengan kebanyakan wanita hari ini, mahukan kehidupan dunia yang sementara dan lupa akan akhirat dan lupa terhadap Allah S.W.T apabila diberi rezeki yang lebih.
Semasa Nabi Musa masih bayi dan ditemui di sebuah sungai,belaiu memujuk Firaun supaya mengambil bayi itu, moga-moga bayi itu akan bermanfaat kepada mereka, Firaun akui dengan pujukan dan permintaan beliau itu... sehinggalah Nabi Musa dewesa melarikan diri daripada Firaun dan selepas itu dengan perintah Allah S.W.T supaya mendatangi Firaun dan kuncu-kuncunya untuk menyampaikan wahyu daripada Allah S.W.T.
Isteri Firaun, salah satu daripada nama-nama wanita yang menjadi contoh dan disebut di dalam Al-Quran.